hanya laman web ini

Borang Penyertaan


  Borang penyertaan mesti diisikan dengan lengkap, tepat dan benar.
(K) = Ketua Pasukan
 
   
 
# (K) Nama Penuh Pemain No Kad Pengenalan
1
2
3
4
5
6
7
8
   
 Saya telah membaca Syarat Penyertaan dan Peraturan 
 
   


Muat Turun Borang Penyertaan
 Format PDF     Format MS Word 2007

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Yuran Penyertaan di tetapkan sebanyak RM150.00 untuk setiap pasukan. Bayaran dibuat kepada kepada Mohamad Fauzi bin Ab Hamid (012-6869236), no. akaun: 162272531780 (MAYBANK).
  2. Sila email slip bayaran ke fauzi@harakah.net.my atau fakskan kepada 03-4023 6768.
  3. Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 16 - 50 tahun.
  4. Pemain beragama Islam digalakkan menutup aurat.
  5. Hanya pemain lelaki sahaja dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
  6. Setiap pemain hanya boleh bermain dalam satu pasukan sahaja.
  7. Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan 8 orang pemain.
  8. Semua maklumat yang tertera pada borang penyertaan mesti diisikan dengan lengkap, tepat dan benar.
  9. Pasukan yang didapati tidak mematuhi syarat -syarat penyertaan akan dilarang daripada menyertai kejohanan ini.
  10. Sebarang perubahan mesti dimaklumkan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya 2 hari sebelum pertandingan.
  11. Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga 20 SEPTEMBER 2012 jam 12 tengahari.
  12. Sebarang perubahan mana-mana syarat pertandingan adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab penganjur.


PERATURAN - PERATURAN KEJOHANAN

  1. Format kejohanan akan dimainkan secara fasa kumpulan di mana 4 pasukan akan bertanding dalam satu kumpulan. Johan dan Naib Johan kumpulan akan mara kepusingan seterusnya.
  2. Setiap perlawanan akan berlangsung selama '5-1-5' minit.
  3. Semua pasukan dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan di mulakan.
  4. Tempoh masa menunggu adalah 2 minit daripada masa yang dipanggil dan mana-mana pasukan yang lewat akan dikira kalah dengan kiraan jaringan 0 - 3.
  5. 3 mata akan diberikan kepada pasukan yang menang, 1 mata kepada pasukan yang seri dan 0 mata kepada pasukan yang kalah.
  6. Pada peringkat kumpulan sekiranya kedua-dua pasukan sama mata, perbezaan jaringan gol akan digunapakai.
  7. Sekiranya masih sama, pasukan yang mempunyai jaringan gol yang lebih dianggap pemenang. Sekiranya masih sama tendangan penalti akan di tentukan.
  8. Pada peringkat kalah mati, sekiranya kedua-dua pasukan seri 3 sepakan penalti akan diberikan kepada setiap pasukan.
  9. Sekiranya keputusan masih seri, tambahan 2 sepakan penalti akan diberikan.
  10. Sekiranya masih juga seri, lambungan syiling akan dibuat dan satu sepakan penentu akan dijalankan.
  11. Seorang pemain hanya boleh mengambil satu sepakan penalti sahaja.
  12. Semua KEPUTUSAN PENGADIL adalah MUKTAMAD.
  13. Setiap bantahan hendaklah dikemuka secra bertulis kepada panel rayuan dengan wang deposit RM 300, tidak lewat daripada 10 minit selepas perlawanan.
  14. Wang deposit TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya bantahan ditolak.
  15. Mana-mana pasukan yang mencetuskan pergaduhan sebelum, semasa dan selepas perlawanan akan disingkirkan dari kejohanan ini dengan serta merta.
  16. Semua peraturan perlawanan tertakluk kepada pihak penganjur.