hanya laman web ini

  • APR 25 2012
    Harakah dan PAS bantu pelajar Malaysia di Syria
 



 

SYRIA: PAS dan Harakah telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada pelajar Malaysia yang kini menuntut di Syria dan berada dalam keadaan tidak menentu. Ini ekoran kegawatan yang berlaku di negara itu sejak kebelakangan ini.

Bantuan itu disampaikan melalui Dr. Syed Azman Syed Ahmad, Penolong Setiausaha Agong PAS dalam kunjungan singkatnya ke Syria baru-baru ini.

Dalam kunjungan itu, beliau telah sempat bertemu dan berdailog dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana. Bagi mewakili Harakah dan PAS, beliau telah menyampaikan bantuan segera kepada mereka yang masih berada di sana walaupun berhadapan dengan keadaan yang tidak menentu.

Adalah dianggarkan masih ada seramai lebih 150 peljar Maalaysia yang menuntut di beberap buat Universiti dan IPT di sana. Walaupun suasana di Syria kini agak tegang, namun pelajar-pelajat kita kini berada dalam keadaan selamat dan masih boleh meneruskan pengajian mereka.

Sementara itu Dr syed azman menyeru pelajar-pelajar agar terus menumpukan kepada pengajian mereka dan tidak gusar dengan kedaan persekitaran di sana. Beliau mengharapkan agar semua pelajar di sana tidak mengambil rosiko yag boleh membahayakan diri masing-masing. PAS akan sentiasa meneliti perkembangan di sana dan akan terus membantu pelajar-pelajar melalui tabng harakah.

Turut hadir di pertemuan dengan pelajar itu adalah wakil dari kedutan Malaysia di Syria yang berkerjasama menjaga kebajikan serta pelajaran seluruh pelajar-peelajar Malaysia.



HARAKAH