hanya laman web ini

  • MEI 18 2012
    Mangsa banjir Batang Kali dibantu
 



 

HULU SELANGOR: Prihatin dengan musibah yang menimpa rakyat, Pesuruhjaya PAS Selangor bersama aktivis Lajnah Kebajikan PAS negeri turun padang mengagihkan sumbangan barangan makanan kepada lebih seratus keluarga yang dilanda banjir kilat di Batang Kali, baru-baru ini.


Turut serta dalam usaha kebajikan itu para pemimpin PAS tempatan.


Dr Rani turut memaklumkan mangsa-mangsa banjir bahawa mereka berhak mendapat bantuan sekali gus (one-off) daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).


Pejabat Daerah juga, jelasnya menyediakan bantuan serupa.


Beliau turut mengumumkan kesediaan kerajaan negeri melalui Exco Kebajikan untuk menghulurkan bantuan berjumlah RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat.



HARAKAH