hanya laman web ini

  • MEI 23 2012
    Harakah harus fokus Dun dan Parlimen tumpuan
 



 

KUALA LUMPUR: Harakah harus memfokuskan kepada isu-isu dan laporan aktiviti membabitkan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen tumpuan yang dipercayai melalui kajian tertentu untuk PAS menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).


Laporan itu haruslah menjurus kepada isu setempat yang boleh memberi keyakinan kepada pengundi untuk memilih PAS.


Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Shakur Idrus berkata, pihak PAS Pusat telah mengenalpasti beberapa Dun dan Parlimen yang berpotensi untuk dimenangi PAS pada PRU13 selepas kejayaan mendapatkan lebih 80 kerusi Dun pada pilihan raya umum yang lalu.


Beliau berkata demikian ketika memberi pandangan semasa sesi brainstorming Harakah menjelang PRU13 dekat Pejabat Agung PAS Pusat dekat sini pada 14 Mei lalu.


Bercakap lanjut, Shakur berkata, pihaknya boleh berkongsi maklumat dengan Harakah bagi memudahkan Harakah membuat liputan khas menjelang pilihan raya agar kempen lebih terarah kepada kawasan yang mahu dimenangi.


Beliau juga mencadangkan agar Harakah menyediakan risalah dan kempen khas yang lebih ringkas, tepat dan padat serta mudah difahami pembaca.



WAN NORDIN WAN YAACOB
Haraka