hanya laman web ini

  • MEI 23 2012
    Harakah harus ada perubahan radikal
 



 

KUALA LUMPUR: Harakah dicadangkan agar berubah secara radikal memandangkan ianya telah diterbitkan sejak lebih 20 tahun lalu dan telah menjadi sebuah akhbar nasional.


Antara perubahan yang harus dilakukan Harakah adalah, kini akhbar milik PAS ini harus mempunyai keluaran versi negeri
yang lebih fokus kepada negerinegeri terutamanya selepas PAS menang di beberapa negeri, dan bakal menang dalam pilihan raya umum akan datang.


Seorang pensyarah IPT temapatan yang diundang berkata, Harakah harus berubah bukan sahaja gaya persembahannya, lebih dari itu keperluan dalam menerbitkan ahkbar versi negeri yang boleh menumpukan sesuatu isu dan masalah yang berlaku secara setempat.


Beliau berkata demikian semasa menyampaikan pandangannya dalam program brainstorming Harakah mendepani kempen pilihan raya umum ke-13 anjuran Jabatan Pengarang Harakah di Pejabat Agung PAS Pusat dekat sini 14 April lalu.


Turut serta dalam majlis itu ialah, Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar; AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; sidang pengarang dan wartawan dari Harakah Pusat dan negeri.


Kata beliau lagi, Harakah versi negeri itu tidak ketinggalan akan melaporkan secara terus isu-isu di peringkat nasional yang
dilaporkan di peringkat Harakah Pusat.



HARAKAH