hanya laman web ini

  • MEI 23 2012
    Harakah siap sedia hadapi PRU13
 



 

KUALA LUMPUR: Harakah selaku organisasi utama medium penerangan PAS telah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan
raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.


Ini dibuktikan dengan sesi brainstorming Harakah menjelang pilihan raya umum ke-13 yang diadakan di Pejabat Agung PAS Pusat, dekat sini pada 14 Mei lalu yang membabitkan seluruh warga Harakah khasnya Jabatan Pengarang.


Sesi tersebut menumpukan kepada perbincangan mengenai isu-isu dan strategi yang harus dijalankan Harakah khasnya dalam melaporkan bahan-bahan untuk tatapan pembaca. Dalam sesi tersebut, peserta didedahkan mengenai bagaimana gambaran sesuatu isu itu harus dibawa dan bagaimana bentuk laporan yang harus difokuskan khasnya dalam suasana kempen pilihan raya.


Beberapa tetamu dan pemikir dijemput bagi berkongsi maklumat mengenai penerbitan Harakah dalam situasi berdepan pilihan raya antaranya, Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar; AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; ahli-ahli akademik; Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Shakur Idrus dan bekas Pengarang Berita Kanan Harakah, Abdul Shukur Harun.


Sementara Harakah diwakili Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan sidang pengarang serta seluruh wartawan di peringkat Pusat dan negeri.


Di akhir sesi, peserta diingatkan oleh Ahmad Lutfi agar menjadikan waktu akhir menjelang pilihan raya ini dengan bersedia bekerja secara ‘luar biasa’ dan menuntut pengorbanan yang jauh lebih tinggi.



HARAKAH