hanya laman web ini

  • JUN 07 2012
    Pakat Berdoa Dapat Royalti
 



 

Sultan Muhammad V menandatangani poster tuntutan royalti yang bergambar baginda sempena majlis perasmian Ekspo Pertanian Negeri Kelantan, 5 Mei lalu. Poster tersebut memuatkan titah baginda ketika merasmikan pembukaan persidangan Dun Kelantan tahun lalu. Antara lain titah baginda: “Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon industri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi.” Baginda kemudian meminta Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menurunkan tandatangan pada poster sama. Poster terbabit disediakan Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti). Ketika melawat gerai NGO terbabit, secara spontan
baginda bertitah: “Pakat-pakat kita berdoa biar boleh royalti.”



MUHAMMAD YUSRI AMIN