hanya laman web ini

  • JUN 09 2012
    Himpunan jutaan maksiat
 



 

TERSEDAK penulis bila membaca tajuk artikel akhbar akhbar Harian Metro yang mengulas penganjuran konsert sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 - “konsert membawa PENGISIAN ROHANI kepada belia”. Bait-bait tajuk artikel ini diperkuatkan lagi oleh kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dalam satu temubual oleh wartawan rancangan hiburan, “hiburan ini adalah satu cara yang lebih efektif untuk menyampaikan mesej kepada remaja berbanding ceramah, kuliah...”


Himpunan Jutaan Belia yang baru lepas tersebut telah berlangsung selama lima hari dan dikatakan mencapai matlamatnya oleh pihak penganjur - 500 acara berjaya dijalankan dan kehadiran mencecah 2 juta orang belia. Tapi itu bukanlah isu yang ingin penulis bangkitkan.


Yang menjadi tumpuan penulis dan hampir semua rakyat Malaysia yang prihatin adalah pesta maksiat yang berlaku sepanjang lima hari itu, terutamanya pada dua hari kemuncak iaitu Jumaat dan Sabtu. Kenapa penganjur mesti menganjurkan konsert K-Pop, J-Pop, Battle of the Bands dan sebagainya sebagai agenda utama program untuk menarik
belia?


Apakah tidak ada kesedaran moral dan spiritual di pihak penganjur – yakni kerajaan Malaysia – bahawa tidak sepatutnya belia-belia negara yang bakal menghuni posisi penting masa depan negara disogokkan dengan hiburan yang tidak bertepi? Apakah kerajaan Umno-BN ini ingin melahirkan generasi yang cakna diri, atau ingin mencambahkan generasi yang rosak akhlak?


Yang menjengkelkan, para mufti dan jabatan agama seperti Jakim seolah-olah hilang suara dalam isu ini. Jika berkenaan
dengan himpunan yang tidak selari dengan hasrat kerajaan Umno-BN seperti Bersih, begitu pantas mereka keluarkan pelbagai fatwa tetapi sudah ternyata jelas penganjuran konsert dan pesta maksiat ini merupakan kemungkaran yang dahsyat!



FAIS AL-HAJARI
Gombak