hanya laman web ini

  • JUN 13 2012
    Kampung Usaha Jaya Tukau, Sungai Beluboh Perlu Jalan Berturap Sepenuhnya
 



 

MIRI - Kampung Usaha Jaya Tukau (Tukau Tengah), Sungai Beluboh yang terletak lebih kurang 30 minit dari bandaraya Miri merupakan sebuah perkampungan yang agak terpencil dan kebanyakan penduduknyabekerja sebagai pekebun/petani danada juga yang bekerja di Bandaraya Miri secara berulang alik.


Masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung tersebut adalah jalan utama masuk ke kampung mereka yang apabila musim tengkujuh kebanyakan laluan jalanakan berlopak merata tempat keranasistem perparitan tidak dirancang dengan baik.


Penduduk kampung Usaha Jaya, Tukau tidak mudah lupa dengan janji-janji pihak yang berwajib untuk menaiktaraf jalan kampung tersebut dan menuntut agar pihak yang berwajib dapat menunaikan janji-janji mereka yang selama ini tertangguh. Janji pihak yang berwajib adalah hendak membina sistem perparitan yang terancang sekaligus dengan menaikkan taraf jalan tanah ke jalan batu.


Sehingga ke hari ini belum ada tanda-tanda jalan tersebut akan diturap dengan batu dan tar sepenuhnya biarpun kita sudah melihat ada sedikit perubahan kepada Jambatan Sungai Beluboh yang sudah siap dibina. Hanya sebahagian kecil saja yang diturap dengan batu dan tar dan sebahagian besar lagi masih jalan tanah dan berlumpur terutama sekali jalan masuk ke dalam kampung tersebut.


Masalah jalan ini sudah kerap kali diberitahu kepada pihak yang berwajib namun sampai sekarang belum ada tanda-tanda tindakan yang akan diambil oleh pihak berwajib untuk memperbaikinya. Yang menghairankan kenapakah jalan sebelum masuk ke kampung ini diturap sepenuhnya walaupun jalan kecil kerana kita perhatikan jalan yang berturap ini kebanyakannya dihuni oleh masyarakat bukan bumiputera.


Mereka rasa terkilan dengan sikap wakil rakyat mereka yang selalu berjanji tetapi tidak pernah menunaikan janji setelah mereka menang dalam PRN (Pilihanraya Negeri Sarawak) yang lalu. Mereka terasa dipinggirkan sedangkan mereka juga adalah rakyat yang setia bersama kerajaan.


Keadaan jalan ini agakteruk dan berlubang dan tidak sesuai untuk kenderaan ringan apabila musim hujan seperti dalam gambar, kita boleh menilai sendiri keadaan sebenar jalan tersebut.


Jalanraya yang baikamat penting bagi penduduk di kampung tersebut untuk memudahkan perjalanan mereka seharian dan membawa hasil tanaman mereka untuk dijual ke Tamu yang berdekatan.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Mohd Shafie Afdal telah mengulangi bahawa projek-projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukanlahjanji-janji kosong tetapi sudah satu tahun lebih PRN Sarawak telah berlalu tetapi jalan ke kampung Usaha Jaya Tukau masih lagi tidak berturap dengan batu dan tar sepenuhnya.


Dimanakah perginya peruntukan berjuta-juta ringgit "NKRA" untuk membina jalan kampung seperti yang dijanjikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Wakil Rakyat yangberkenaan? Mereka sangat mengharap agar jalan masuk kampung merekaditurap dengan batu dan tar sepenuhnya sebelum Pilihanraya Umum ke13 akan datang.


Selain masalah jalanraya, penduduk kampung juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menyumbangkan tangki simpanan air 1Malaysia baru-baru ini tetapi masalahnya bekalan air bersih belum sampai lagi ke kawasan perumahan mereka. Bekalan air bersih amat diperlukan untuk memudahkan mereka menyimpan air bersih apabila musim kemarau panjang bukan hanya mengharapkan air hujan saja untuk kegunaan harian.


Kita mendesak agar pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah jalan dan infrastruktur kampung tersebut dengan segera tanpa perlu menunggu PRU13 nantikerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan telah diberi amanah untuk menjaga kebajikan rakyat, seharusnya keperluan rakyat perlu diberi keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.



JOFRI JARAIEE
PAS Miri, Sarawak