hanya laman web ini

  • JUN 18 2012
    Bersama Dewan Muslimat, Harakah membantu golongan kurang bernasib baik
 



 

KUALA LUMPUR: Sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi, Dewan Muslimat PAS Pusat dengan kerjasama Jabatan Pengarang Harakah mengalu-alukan sumbangan bagi mem bantu individu dan keluarga yang kurang bernasib baik.


Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, sumbangan akan dikhususkan kepada golongan kurang
bernasib baik khususnya ibu-ibu tunggal, anak yatim serta orang kurang upaya (OKU).


Dana Ramadan ini di mulakan sejak tahun 2010 dengan kutipan hampir RM14,000 dan meningkat pada tahun 2011 dengan jumlah hampir RM45,000, untuk diagihkan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.


“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat yang menghulurkan bantuan kewangan dalam Dana Ramadan,” kata Siti Zailah. Beliau berharap Dana Ramadan tahun ini mendapat jumlah yang lebih memandangkan golongan yang amat memerlukan sumbangan begitu ramai.


Katanya, bukan sahaja diterima sumbangan kewangan tetapi juga dalam bentuk lain seperti pakaian, jamuan berbuka puasa dan sahur, makanan dan kuih hari raya.


Mereka yang bersimpati dan menyokong misi mulia ini boleh menyalurkan sumbangan, atas nama Dewan Muslimat PAS Pusat, ke akaun Maybank 564025400533 atau hubungi Saidah 019-3646189 dan Nadia 013-3767312.



HARAKAH