hanya laman web ini

  • JUL 16 2012
    Tidak semua rakyat terima transformasi 1Malaysia
 



 

PERDANA Menteri Najib Razak dan pemimpin BN yang lain mendakwa rakyat telah kembali menyokong BN. Mungkin berdasarkan wang yang telah dihamburkan. Tetapi PM dan pimpinannya tidak sedar bukan semua rakyat mendapat wang yang dihamburkan itu. Tidak semua rakyat menerima transformasi 1Malaysia. Ada pesara kakitangan sokongan yang kecewa dengan kerajaan pimpinan BN akan pasti tidak mahu menyokong.


Seorang kawan pesara kumpulan sokongan berpendapat transformasi 1Malaysia agenda PM Najib tidak memberi erti baginya. Agenda itu hanya legasi Wawasan 2020 agenda bekas PM Mahathir.


Sementara agenda bekas PM Abdullah tidak jelas. Beliau kecewa kerajaan di bawah pimpinan BN tidak pernah memberi peluang kepadanya sebagai penjawat yang berpengalaman dan telah berusaha memperbaiki pendidikan untuk menjawat
jawatan yang lebih baik.


Beliau berada dalam kumpulan sokongan selama lebih 30 tahun sehingga bersara. Berusaha setapak demi setapak sehingga mendapat ijazah sarjana. Akhirnya mengambil keputusan bersara sebelum tarikh umur persaraan yang ditandatanganinya atas tiga faktor utama.


Pertama, ingin memberi masa untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Pada peringkat ini beliau tidak boleh lagi terkejar-kejar seharian bekerja dan masa yang selebihnya sebagai penuntut. Ia perlu bersara kerana andaian tinggi dia tidak akan mendapat cuti belajar.


Mana mungkin ketua akan membenarkannya kerana dia hanya pekerja sokongan. Kedua kerana ingin mendapat graduiti untuk membiayai pengajian. Ketiga sudah bosan di bawah arahan pegawai-pegawai muda yang tidak mempunyai adab seperti orang-orang terdahulu.


Apabila PTPTN menjadi berita sensasi beliau jelak mendengarnya. Kerana beliau sendiri membiayai pengajian sendiri di setiap peringkat. Masa dibahagikan antara belajar dan bekerja.


Tahun 2012 seluruh pesara termasuk pesara kumpulan sokongan, telah mendapat kad ucapan Selamat Tahun Baru 2012 daripada Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia, yang ditandatangani oleh presidennya Tan Sri Aseh Che Mat. Apa tujuan dan maksud kad Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan itu tidak diketahui. Untuk menelaahnya sangat sukar. Untuk menekanya sangat mudah.



SALSLH
Emel