hanya laman web ini

  • JUL 20 2012
    Muslimat, Harakah sedia salur sumbangan Ramadan sebaiknya
 



 

KUALA LUMPUR: Ramadan bulan penuh keberkatan, madrasah tarbiyah mendidik jiwa agar tunduk dan patuh setulusnya kepada Allah SWT. Tempoh terbaik mengasuh rohani, membudayakan amalan mur ni dan meningkatkan darjah takwa.


Dana Ramadan yang dibentuk Dewan Muslimat PAS Pusat, dengan kerjasama Jabatan Pengarang Harakah, sejak dua tahun
lalu, berusaha mendekatkan pembaca lidah rasmi PAS ini, dengan kelompok masyarakat yang agak terpinggir, yang terpaksa menjalani liku-liku getir ke hidupan, ditimpa petaka atau serangan penyakit serius.


Tidak terkecuali golongan sasaran yang diperhatikan, antaranya ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya, komuniti yang dikepung kemiskinan dan institusi pendidikan Islam seperti maahad tahfiz dan sebagainya.


Melalui sumbangan ikhlas yang disalurkan penderma budiman, wartawan Harakah di seluruh negara berusaha menjejaki golongan yang memerlukan itu, membuktikan kesungguhan dan keprihatinan menjayakan agenda kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman politik.


“Memang banyak dana sama turut diusahakan pihak lain, namun kami merasakan, dengan inisiatif Dewan Muslimat PAS Pusat, sejak diketuai Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Harakah boleh membantu menggembleng sumbangan orang ramai dan menyalurkannya terus kepada golongan sasar,” kata Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman.


Pada awal pelancarannya pada 2010, Dana Rama dan mengedarkan sumbangan ke seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, dengan kerjasama pimpinan Muslimat PAS Pusat dan negeri-negeri. Sumbangan daripada pembaca Harakah dapat dikutip sebanyak RM17,000 pada tahun pertama, manakala pada tahun 2011 meningkat RM45,000.


Pada akhir Ramadan tahun lalu, Jabatan Pengarang Harakah memulakan aktiviti mengedar air, kurma dan kuih kepada pengguna Lebuh Raya Karak, yang sebahagiannya pulang berhari raya ke kampung. Turut diselitkan naskhah akhbar Harakah. Rupanya agak ramai yang masih belum mengenali akhbar alternatif no 1 ini.


Sumbangan kuih raya dan wang tunai juga diagihkan kepada 74 pesakit di wad Ortopedik dan Neurologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Manakala tahun sebelumnya, di Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur, yang lo kasinya berjiran dengan pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat.


Turut disantuni adalah beberapa keluarga daif di sekitar Lembah Klang. Dalam pada itu, semua wartawan negeri juga berpeluang mendekati golongan tidak bernasib baik, yang hidup dalam keadaan tertekan dan perlu dibantu.


“Tidak banyak yang dapat kami bantu, namun Alhamdulillah, dengan sumbangan ikhlas pembaca Harakah, kami lihat wajah ceria mereka yang menerima sumbangan. Kami mengharapkan pada tahun lebih banyak lagi derma dapat dikumpulkan agar lebih banyak bantuan dapat diagihkan,” kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.


Sehubungan itu, Dana Ramadan mengalu-alukan sumbangan kewangan termasuk daripada golongan korporat, usahawan, dermawan dan setiap pembaca, yang tentunya berazam untuk bersedekah di bulan Ramadan penuh keberkatan ini.


Segala sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun Maybank 564025400533, atas nama atas nama Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP).


“Jutaaan terima kasih atas sokongan anda selama ini, walaupun sedikit tetapi ia cukup bernilai tinggi kepada kami,” ujar Zailah.



HARAKAH