hanya laman web ini

  • JUL 23 2012
    PAS lancar prihatin OKU sempena Ramadan
 



 

KUALA LUMPUR: PAS akan melancar Sekreteriat Prihatin OKU bersempena hari sumbangan Ramadan al-Mubarak yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Masyarakat PAS pada 11 Ogos depan.


Pengerusinya, Dr Mariah Mahmud berkata, pelancaran tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini.


Dalam majlis yang sama katanya, satu Memorandum Bangkit yang disediakan Gerakan Bersama Kebangkitan OKU 2012 akan diserah kepada PAS.


Dr Mariah berkata, Lajnahnya amat prihatin dengan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan katanya bukan setakat menubuhkan Sekreteriat OKU bahkan akan dipanjang ke peringkat kebangsaan iaitu akan menubuhkan juga Sekreteriat Parlimen OKU.


"Insya-Allah jika Parlimen bersidang pada September depan kita akan memberi penerangan kepada semua ahli parlimen mengenai sekreteriat OKU.


"Jika wujud sekreteriat ini saya rasa tidak ada masalah dan saya sendiri pun kalau boleh akan berkongsi flatform untuk meuar-uarkan isu ini dan saya berbesar hati untuk membantu mereka dan isu-isu berkaitan OKU boleh kita bawa dalam persidangan nanti," katanya semasa sesi dialog bersama wakil Bangkit OKU 2012 di Pejabat Agung PAS, Khamis lalu.


Selain mengadakan forum-forum katanya, lajnahnya akan membuat pertemuan dengan semua exco Kebajikan negeri Pakatan Rakyat untuk mendapatkan bantuan secara menyeluruh dan juga memberi kesedaran kepada masyarakat.


Sementara itu wakil Bangkit OKU, Mohammad Faizal Che Yusof, berkata beliau berharap sangat PAS membawa isu mereka sehingga ke parlimen.


Ini katanya, isu OKU semakin hari semakin komplek dan kaedah penyelesaian hanya berada pada tahap yang statik. Apa lagi dakwanya, jentera kerajan tidak mengarahkan kepada OKU secara total. "Apa yang berlaku untuk hidup OKU kena kuat dan berdaya maju sendiri. "Sebab itu kita mengharapkan pembangunan OKU di Malaysia dibangunkan secara menyeluruh.


"Sebagai orang Islam secara peribadi saya hendak PAS yang terajuinya kerana landasan Islamnya jelas dan kita juga mahu melobi kepada Pakatan Rakyat supaya memasuk isu OKU dalam manifesto Pilihan Raya Ke -13 nanti.


Beliau berkata, dalam menisfesto tersebut hanya cukup menyebut Pakatan Rakyat bersedia untuk mengadakan program “pembangunan menyeluruh kepada kepada OKU”.


Dalam pada itu, Lajnah Kebajikan dan Masyakat PAS meminta kerjasama orang ramai menghulurkan sumbangan untuk menjayakan program bantuan kepada golongan yang susah.


Menurut exconya, Zainal Rahmat sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam “DANA KAMI PRIHATIN” di nombor 12113010026150.



ROY RASUL
Harakah