hanya laman web ini

  • JUL 30 2012
    Harga barangan tidak dikawal?
 



 

NAMPAKNYA di bulan Ramadan yang mulia ini harga barang basah dan keperluan dapur yang lain naik mendadak seolah-olah seperti tidak terkawal akan harga yang dipamerkan termasuk di pusat membeli-belah yang besar.


Mana tidaknya sekilo ikan kembung, ikan selar dan ikan kerisi kini mencecah RM16 dan begitu juga udang dan sotong berharga RM24 sekilo serta ketam RM28 sekilo. Bayangkanlah jika kita membawa RM50 apa boleh dibawa pulang untuk berbuka puasa bagi 6 orang sekeluarga hanya sekilo ikan kembung dan sekilo udang dan lebihan RM10 untuk membeli sayur, kelapa dan cili masak sahaja.


Nampaknya harga barang keperluan tidak dapat dibendung lagi kerana tiada satu badan yang benar-benar boleh menjamin yang mampu untuk mengawal kenaikan harga barang seolah-olah seperti ada pihak tertentu mengambil kesempatan untuk memonopoli harga barangan keperluan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana itu.



SYED ABDULLAH JAMALULLAIL
Emel