hanya laman web ini

  • JUL 30 2012
    Neelah perlukan bantuan
 



 

BANDAR SEREMBAN SELATAN: Seorang ibu tunggal, Neelah Rasamanikam, 52, yang juga merupakan seorang fakir miskin menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani baru-baru ini.


Neelah dari Taman Bandar Seremban Selatan yang kehilangan suami akibat penyakit kronik empat bulan yang lalu kini menghadapi kesukaran untuk bekerja kerana mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis. Selain itu Neelah juga menghadapi masalah sampingan selepas pernah terlibat dengan kemalangan di tempat beliau bekerja pada tahun lepas.


Akibat kemalangan tersebut tiga jari kaki kanan beliau patah. “Disebabkan masalah kaki sakit dan bengkak ini saya menghadapi masalah ketika bertugas di kilang tersebut. Ditambah pula dengan penyakit darah tinggi dan kencing manis, saya menghadapi kesukaran untuk bekerja secara normal. “Saya merayu kepada pihak yang sudi agar dapat meringankan beban saya terutama kos perubatan saya”, kata Neelah.



HARAKAH