hanya laman web ini

  • JUL 30 2012
    240 terima sumbangan sempena Ramadan
 



 

KUALA KRAU: Lebih 240 golongan kurang bernasib baik, anak yatim dan ibu tunggal dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau menerima sumbangan sempena kehadiran Ramadan al-Mubarak.


Pengarah Majlis Tindakan Dun, Ahmad Mat Yaman berkata, majlis penyampaian sumbangan ini dibuat di Darul Hikmah dan Kampung Purun yang dihadiri sama oleh bekas Calon Parlimen Kuala Krau, Ustaz Kamal Saari dan Ketua Pemuda PAS Kuala Krau, Shahril Azman Abdul Halim Al Hafiz.


Pada tahun ini pihaknya menerima sumbangan daripada pelbagai pihak kira-kira RM14,300 bagi tujuan program ini. “Pihak Dun mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini khususnya para pemderma,” katanya.


Antara penerima sumbangan adalah anak yatim bekas pengedar Harakah Dun Kerdau yang meninggal akibat kemalangan jalan 240 terima sumbangan sempena Ramadan raya.


Mereka ialah Zul Mohamad Shakir, Zul Muhaimi Sauqi dan Zul Muzakir Fakrin Zulhasmi.



HARAKAH