hanya laman web ini

  • OGS 13 2012
    Najib cuba 'pujuk' rakyat Kelantan?
 



 

TIBA-TIBA sahaja PM Najib lembut hati hendak berbincang pasal royalti petroleum Kelantan, Padahal sebelum itu beliau berkeras dan tetap angkuh menyatakan bahawa tindakannya menyekat royalti adalah benar dan hak.


Hari ini, tidak semena-mena Najib seolah-olah melakukan U-Turn. Mungkin ada apa-apa perancangan di pihak Najib untuk memujuk rakyat Kelantan. Najib sudah terlambat. Rakyat Kelantan tidak termakan dengan umpan royalti kerana mereka tahu itu memang hak Kelantan dan rakyatnya.


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri.


Menurut Tuan Guru Nik Aziz, surat itu dihantar kepadanya pada 3 Ogos lalu dan sampai ke tangan setiausaha sulitnya Rosdi Mohamad, lapor Harakahdaily. “Surat ni diterima oleh setiausaha sulit saya, Encik Rosdi. “Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya,” beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS itu.


Beliau bagaimanapun beliau berkata, sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, beliau akan menghadap Sultan terlebih dahulu.



BAPA ARIQ
Emel