hanya laman web ini

  • OGS 14 2012
    PAS raikan 100 anak yatim di Melaka
 



 

MELAKA: Ketua Muslimat Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf telah merasmikan dengan jayanya program Sutera Kasih Tautan Hati, Anak Yatim Dirai peringkat negeri Melaka di sini, baru-baru ini.


Program itu berjaya menghimpunkan kira-kira 100 anak yatim dari seluruh Melaka termasuk di Dun Sungai Rambai adalah di atas inisiatif Dewan Muslimat PAS Melaka, Lajnah Kebajikan Muslimat Malaysia dan Majlis Tindakan Dun (MTD) Sungai Rambai.


Menurut Siti Zailah, bersempena Ramadan ini kita perlu bersyukur dengan meraikannya melalui memperbanyakkan bersedekah, zikrullah dan melakukan amalan sunat yang lain kerana akan digandakan setiap pahalanya oleh Allah.


“Inilah masanya yang sesuai untuk kita lipat-gandakan amalan kita bagi mendekatkan diri kepada Allah di samping memperbaiki diri kita serta bermuasabah diri sejauh mana kita telah melakasanakan perintah Allah.


“Nabi s.a.w. adalah pemimpin contoh yang perlu diikuti oleh kepimpinan negara hari ini yang sedang berada di dalam krisis kepimpinan di mana kepimpinan baginda merupakan kepimpinan yang berakhlak mulia di atas jalan yang lurus,” ujarnya.


Menurut Ketua Muslimat Melaka, Kintan Man program tersebut bertujuan mengimarhkan bulan Ramadan dengan kebajikan dan bagi meraikan anak yatim serta sebagai platform penghubung di antara dermawan dengan anak yatim.


“Ia juga menjadi kaedah untuk memasyarakatkan PAS melalui tema ‘Negara Berkebajikan’ sekali gus merealisasikan tema PRU13 PAS Melaka ‘Rakyat Di Hati kami’.


“Kita juga berharap melalui program sumpama ini ianya akan dapat mengeratkan silaturahim di antara Dewan Muslimat dan masyarakat khususnya di Dun Sungai Rambai ini,” kata beliau kepada Harakah.


Sumbangan berupa hamper yang mengandungi air minuman, kurma, kuih raya dan lain-lain lagi serta wang tunai RM50 setiap seorang itu adalah hasil sumbangan orang ramai sempena Ramadan ini.


Turut hadir menjayakan program tersebut ialah Setiausaha Muslimat Malaysia, Che Azlina Che Harun; Pengarah MTD Sungai Rambai, Abdul Karim Kassim; AJK Muslimat Negeri dan Kawasan serta AJK MTD Sungai Rambai.



HARAKAH