hanya laman web ini

  • OGS 14 2012
    Pakatan Alor Gajah belanja baju raya
 



 

MELAKA: Pakatan Rakyat Alor Gajah tidak melupakan kanak-kanak yang kurang berkemampuan pada sambutan Hari Raya kali ini dengan membawa kira-kira 130 orang dan membelikan baju raya untuk mereka di pasaraya KELUARGAKU, di sini, baru-baru ini.


Kanak-kanak itu yang terdiri daripada anak yatim, fakir miskin dan Orang Kurang Upaya dari Dun Gadek dan Dun Rembia dibawa dengan empat buah bas serta ditemani oleh ibu bapa atau penjaga mereka bagi memilih sendiri baju idaman mereka.


Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP Melaka, Damian Yeo, program ‘Jom Shopping’ ini ditaja oleh syarikat korporat serta individu dan kemudian selepas memilih pakaian yang dikehendaki mereka akan dibawa berbuka puasa di Rembia.


“Mereka boleh memilih pakaian baju Melayu atau baju kurung bagi setiap orang di sini dan kita berterima kasih kepada KELUARGAKU kerana memberikan harga yang terbaik kepada kami.


“Ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat prihatin dengan masalah rakyat yang terbeban dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup dan kami harap sumbangan ini dapat menceriakan sambutan hari raya kanak-kanak ini,” katanya kepada Harakah.


Ramai kanak-kanak yang ditemui begitu teruja untuk memilih baju raya mereka sendiri dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Pakatan Rakyat terhadap nasib mereka yang selama ini tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut menemani kanak-kanak tersebut ialah Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ketua DAPSY Melaka, Tey Kok Kiew; Ketua AMK Melaka, Law Bing Haw dan Ketua Pemuda PAS Alor Gajah, Shabudin Isnin.



HARAKAH