hanya laman web ini

  • OGS 14 2012
    PAS Bukit Gantang hulur bantuan
 



 

BUKIT GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen terus menabur bakti dengan memberikan sumbangan kepada golongan OKU, fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim di kawasan Parlimen Bukit Gantang.


Pada 4 Ogos lalu satu program menyampaikan sumbangan kepada golongan terbabit dijalankan di sini melibatkan seramai 64 orang penerima sumbangan di Unit Peti Undi Bukit Gantang dan 43 orang penerima sumbangan di Unit Peti Undi Changkat Jering.


Sumbangan disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad bersama isteri Ustazah Kamariah Mat Ali.


Menurut Ketua Penerangan PAS kawasan Bukit Gantang, Saharudin Ahmad Sani, setiap fakir miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal telah menerima RM50.00 dan sekampit beras setiap orang. Manakala bagi anak yatim pula setiap seorang menerima RM30.00.


“Pada tahun ini PAS Bukit Gantang memerlukan RM66,000 untuk tujuan meringatkan bebanan golongan terbabit di kawasan ini, oleh itu kami amat mengharapkan para dermawan memberi sumbangan, mereka boleh menyalurkan sumbangan itu ke akaun tabung prihatin Maybank 558051304442,” ujar Saharudin.



HARAKAH