hanya laman web ini

  • OGS 14 2012
    27 masjid di Parit Buntar dapat bantuan
 



 

PARIT BUNTAR: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa menyarankan kepada jawatankuasa masjid dan surau supaya mengadakan pelbagai program mengimarahkan masjid dan surau supaya boleh dihadiri seluruh umat Islam untuk beramal ibadah sepanjang Ramadan ini.


Menurut beliau, masjid dan surau dalam bulan Ramadan ini jangan hanya untuk berbuka puasa dan bersolat tarawih sahaja,
sebaliknya perlu juga program lain seperti menghayati al-Quran, Badar Al-Qubra, menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim dan sebagainya.


Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Pengimarahan Masjid dan Surau seluruh Parlimen Parit Buntar.


Majlis berkenaan dianjurkan PAS kawasan berkenaan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Parit Buntar yang diadakan di Masjid Al-Huda Sungai Kota, Bagan Tiang baru-baru ini.


Majlis yang dihadiri seluruh wakil 27 buah masjid dan 100 buah surau itu menerima sumbangan untuk digunakan bagi mengimarahkan masjid dan surau masing-masing sepanjang bulan Ramadan. Sejumlah RM18,000.00 disampaikan pada malam tersebut.


Sementara itu, Setiausaha Program Ihya’ Ramadan Hairul Nizam Ishak memberitahu beberapa siri program yang telah diatur sepanjang bulan Ramadan ini seperti sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, guru-guru al-Quran dan iftar perdana akan diadakan.


Sumbangan dana Ramadan amat diperlukan daripada orang ramai, sebarang sumbangan bolehlah dibuat atas nama JAWATANKUASA DANA JPR PARIT BUNTAR, nombor Akaun Bank Muamalat 0801-0000839-71-1, Parit Buntar atau PAS Kawasan Parit Buntar No. Akaun Bank Islam 08022010016590. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 019-5779345 atau 017-5998069.



HARAKAH