hanya laman web ini

  • SEP 18 2012
    Kesal jamuan hari raya sekolah dipolitikkan
 



 

AGAK mengejutkan para jemputan dan ibu bapa yang menghadiri majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Agama Seri Pengkalan, Batu Pahat dengan ucapan Ketua Pemuda Umno Johor yang juga Ketua Pemuda Bahagian Parit Sulong, Dato’ Zulkarnain Kamisan.


Sebahagian ibu bapa yang hadir melahirkan kekecewaan majlis anjuran bersama pihak sekolah dan Badan Kebajikan sekolah tersebut telah berbaur politik bila tokoh yang dijemput atas pos kepartian yang secara tidak langsung ada unsur kempen lebih-lebih lagi ketika berucap.


Ketika meneliti ucapannya, walaupun tidak mencerca mana-mana pihak, tetapi secara tidak langsung menyebut berbagai projek pembangunan telah dilaksana kerajaan yang sudah pastinya agar pendengar/ibu bapa faham tentunya bermaksud kerajaan Umno-Barisan Nasional.


Dapat ditafsirkan, daripada ucapannya telah menyebut faktor kejujuran dan keikhlasan adalah penanda aras seseorang pemimpin yang baik dan sama ada maksud ini ditujukan kepada pemimpin Pakatan Rakyat atau Umno-Barisan Nasional sendiri yang dianggap Tun Mahathir berbaik dengan syaitan dikenali lebih baik.


Sebelumnya ketika baru saja memulakan ucapan, lantas ada jemputan terus meninggalkan majlis seperti memprotes dan tamat sahaja ucapan beberapa orang ibu bapa melahirkan rasa dukacita amat sangat pihak penganjur yang mengundang tokoh politik berkenaan. Mereka berpendapat, jika penganjur boleh menjemput tokoh politik Umno, wajar juga sekali sekala menjemput tokoh Pakatan Rakyat untuk berucap. Jika takut berbuat demikian, kepimpinan Badan Kebajikan sekolah agama berkenaan meletak jawatan dan satu pemilihan khas AJK baru hendaklah diadakan.



HASHIM HAJI JAAFAR
Parit Kuda, Batu Pahat